Jom baca dan amalkan..
Istiqamah. KELEBIHAN PENGHULU ISTIGHFAR Antara zikir rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyid al-istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga WAKTU DIBACA : Selepas subuh dan selepas asar. KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANYA : Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (riwayat Imam al-Bukhari). #jombaca #istiqamah
0 Comments
Jom baca, sampaikan dan amalkan..
Istiqamah. Doa Abu Darda: Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah Doa yang selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Doa ini telah diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W. Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar. Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang. Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah. #jombaca #istiqamah |
infoPenubuhan Surau Ar Raudhah, Taman Skudai Indah ini bermula pada tahun 2011 dimana Taman Perumahan di sekitar ini telah dibangunkan dan mengalami pertambahan penduduk dari tahun ke tahun. Hasil perbincangan dari penduduk setempat yang merasakan perlunya penubuhan surau dikawasan perumahan ini sebagai tempat berkumpul penduduk setempat untuk beribadah, maka kutipan dan sumbangan orang ramai telah diadakan bagi membangun surau ini. Archives
March 2020
Categories |