SYUKUR ALHAMDULILLAH. Selesai sudah program gotong royong pagi semalam-sabtu 14/3/2020 bersama AJK dan kariah surau bagi membantu membersihkan kawasan penambahan surau dan mengemas surau taman kita. Terimakasih pada semua yang hadir menyumbang tenaga dan minuman/makanan dalam program tersebut. #muafakatmembawaberkat
0 Comments
Tentang Hutang..
Moga mendapat manfaat dari Surah Al Baqarah, ayat 282 Tafsir Quran: Surah Al-Baqarah, ayat 282: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Ayat paling panjang dalam Al Quran; Surah Al Baqarah, ayat 282-- tentang hutang • Hutang piutang perlu di catat • Jangan mengurangi jumlah hutang yg di catat • Hadirkan dua orang saksi agar jika seorang terlupa, seorang lagi ingat • Catat hutang sama ada kecil atau besar jumlahnya • Penghutang dan pemiutang hendaklah bertaqwa kepada Allah • Allah MAHA MENGETAHUI AKAN SEGALA SESUATU Jom baca dan amalkan..
Istiqamah. KELEBIHAN PENGHULU ISTIGHFAR Antara zikir rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyid al-istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga WAKTU DIBACA : Selepas subuh dan selepas asar. KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANYA : Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (riwayat Imam al-Bukhari). #jombaca #istiqamah Jom baca, sampaikan dan amalkan..
Istiqamah. Doa Abu Darda: Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah Doa yang selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Doa ini telah diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W. Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar. Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang. Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah. #jombaca #istiqamah Kuliah Maghrib-Pengajian Berkitab.
Jom pakat-pakat hadir dan bantu sebarkan makluman ini. #jomtambahilmu #jomhadir Scan Qr Code atau Sumbangan & Derma boleh
disalurkan melalui akaun surau : BANK MUAMALAT 010 8000 0505 710 Pihak Surau Ar-Raudhah,Taman Skudai Indah mengalu-alukan sumbangan daripada anda semua untuk pembangunan surau ar raudhah taman skudai indah- pembinaan ruang imam dan mimbar, bilik imam/bilal dan bilik Pa.
Derma boleh dilakukan melalui :- QR code Bank Muamalat atau terus ke akaun bank Surau Taman Skudai Indah Bank Muamalat No Akaun : 01080000505710 Marilah kita membuat sedekah jariah untuk saham akhirat. #jomderma #jomwakaf |
infoPenubuhan Surau Ar Raudhah, Taman Skudai Indah ini bermula pada tahun 2011 dimana Taman Perumahan di sekitar ini telah dibangunkan dan mengalami pertambahan penduduk dari tahun ke tahun. Hasil perbincangan dari penduduk setempat yang merasakan perlunya penubuhan surau dikawasan perumahan ini sebagai tempat berkumpul penduduk setempat untuk beribadah, maka kutipan dan sumbangan orang ramai telah diadakan bagi membangun surau ini. Archives
March 2020
Categories |